Kenapa perlu guna PHP

Kejuruteraan perisian berasaskan web

Sekarang ini sememangnya hangat diperkatakan tentang metadologi pembangunan perisian secara Object-Oriented. Pendekatan terhadap metadologi ini lebih efisyen jika dibandingkan dengan pendekatan metadologi Structured. Berbalik kepada PHP (Hypertext Prepocessor) yang mana adalah sebuah pengaturcaraan menggunakan pendekatan secara Object-Oriented. PHP digunakan secara meluas lebih – lebih lagi dalam pembinaan web dan boleh digunakan di dalam HTML. Teruskan membaca

Tips Membentuk Laman Web yang baik

Hendak merekabentuk laman web? Lain orang lain cara serta langkah-langkah untuk merekabentuk laman web. Pertama sekali anda harus mempunya cukup informasi sebelum memulakan perancangan untuk membina laman web. Ini penting semasa proses lakaran dan proses membuat grafik. Anda perlu tahu pecahan jaringan(link) untuk bar menu, grafik yang bakal diguna serta konsep warna apa yang patut diguna.

Pada kebiasaannya untuk memulakan rekabentuk, sekeping kertas akan digunakan untuk proses lakaran. Gunalah pensel atau pen dan lakarlah rupabentuk laman web yang bakal anda reka. Proses ini penting bagi anda membayangkan bagaimana grafik anda akan direka, di mana letaknya bar menu, lokasi isi kandungan laman web anda dan lain-lain. Teruskan membaca