Tips Membentuk Laman Web yang baik

Hendak merekabentuk laman web? Lain orang lain cara serta langkah-langkah untuk merekabentuk laman web. Pertama sekali anda harus mempunya cukup informasi sebelum memulakan perancangan untuk membina laman web. Ini penting semasa proses lakaran dan proses membuat grafik. Anda perlu tahu pecahan jaringan(link) untuk bar menu, grafik yang bakal diguna serta konsep warna apa yang patut diguna.

Pada kebiasaannya untuk memulakan rekabentuk, sekeping kertas akan digunakan untuk proses lakaran. Gunalah pensel atau pen dan lakarlah rupabentuk laman web yang bakal anda reka. Proses ini penting bagi anda membayangkan bagaimana grafik anda akan direka, di mana letaknya bar menu, lokasi isi kandungan laman web anda dan lain-lain.

Kemudian, barulah buka Adobe Photoshop atau perisian grafik yang biasa anda gunakan untuk merealisasikan lakaran idea anda tadi. Dengan cara ini barulah kerja merekabentuk laman web akan jadi lebih berkesan. Masa tidak akan terbuang begitu sahaja sekiranya anda terus merekabentuk di dalam perisian grafik. Jika anda terus menggunakan perisian anda akan menjadi lebih mudah untuk tertinggal bahagian penting seperti bilangan butang yang sepatutnya ada dan anda juga akan mencuba berbagai cara rekabentuk yang anda sendiri pun tak pasti samada anda suka atau tidak.

Guna perisian grafik anda untuk membuat layout laman web. Segala warna, efek, lokasi menu, grafik dan lain lain hendaklah digambarkan di dalam perisian grafik. Kemudiannya, barulah ditukar ke dalam perisian HTML seperti Dreamweaver.

Grafik di dalam Photoshop akan dipecahkan (crop) mengikut kesesuaian untuk diletakkan di dalam table. Secara peribadi amat cenderung untuk menggunakan table apabila membina sesebuah laman web. Ianya senang untuk dikawal dan mudah untuk menyusun grafik di dalam table. Table border hendaklah ditetapkan kepada 0 supaya percantuman grafik yang telah dipecahkan tadi menjadi sempurna.

Anda harus berhati-hati semasa menukar grafik Photoshop kepada grafik yagn sesuai untuk web (GIF, Jpeg) kerana fail grafik yang besar akan mengganggu kelancaran semasa laman web anda diload. Pilihlah setting yang sesuai untuk mengoptimumkan fail grafik tersebut. Susunlah grafik anda di dalam satu folder yang khas.

Layout laman web hendaklah konsisten. Kedudukan menu utama hendaklah kekal sama untuk keseluruhan halaman-halaman di laman web. Begitu juga dengan warna latar belakang, grafik, warna jaringan serta warna dan jenis huruf.

Tulisan yang patut dibuat menggunakan HTML hendaklah dikenal pasti. Jangan terlalu menggunakan terlalu banyak grafik sehingga tulisan biasa pun hendak menggunakan grafik.

Setelah siap semua halaman, pastikan jaringan anda betul untuk keseluruhan laman web untuk mengelakkan ketidakjumpaan halaman apabila sesuatu jaringan diklik.

Akhir sekali, upload semua fail HTML ke server, sekali lagi ambillah inisiatif untuk memeriksa laman web tersebut setelah diupload.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s