Keselamatan Memuat turun Perisian

Ada banyak sumber perisian dalam Internet yang boleh dipindah terima download). Namun, tahukah anda yang mana berguna, yang mana membazirkan masa, yang mana lebih berbahaya dan yang mana memberi kebaikan? Ini sukar dipastikan, namun anda boleh menilainya dari aspek kestabilan dan kebolehpercayaan. Amat sukar, jika tidak mustahil, untuk mencuba semua program yang tersenarai dalam Internet. Anda perlu mengambil risiko atau bertangungjawab terhadap apa yang dilakukan perisian berkenaan terhadap PC anda.

• Berwaspada ketika memindah terima

Jadi, berhati-hati ketika memindah terima. Sedarilah, Web kini menjadi medium maklumat yang dinamik, dan selalu berubah. Contohnya, jika sesuatu pautan (link) itu masih berfungsi hari ini, mungkin sebaliknya hari esok atau lusa. Begitu juga harga, versi, kategori dan lain-lain lagi, tertakluk kepada perubahan. Jadi, bersedialah untuk mencari lagi. Malah, tidak semua perisian dibekalkan serasi dengan semua sistem operasi (OS). Jadi, semaklah dan pastikan program yang dipindah terima itu berfungsi dengan OS anda atau tidak.

Anda perlu lebih awas jika memindah terima dan memasang aplikasi Freeware dan Shareware pada sistem di dalam rangkaian atau di tempat kerja. Ada program tertentu (seperti permainan) yang mungkin kelihatan baik fungsinya, tetapi boleh mengancam dan menganggu rangkaian. Ini tidak mustahil jika virus “disuntik” pada program ini dan ia bebas “mengamok” setelah dipasang. Malah, jika ramai pekerja menemui program tersebut dalam komputer pelayan dan dipasang untuk kegunaan sendiri, maka pelayan pun boleh “lumpuh”.

• Banyak program, banyak ragamnya

Ini belum diambil kira Adware, Spyware, dan lain-lain lagi yang boleh memasuki rangkaian. Jika syarikat ada 500 hingga 1000 PC, dan sebahagian besar memindah terima Freeware, cuba bayangkan masalah yang bakal timbul. Ada syarikat menghalang semua bahan yang dipindah terima stafnya, dan ada menggunakan program penapis, pemantau dan protokol untuk menangani tabiat Internet staf mereka. Jadi, anda perlulah prihatin dengan polisi syarikat dalam mengawal kegiatan memindah terima, dan perkongsian rangkaian ini.

Ada bermacam bentuk dan kategori perisian dalam Internet. Freeware contohnya, percuma untuk dipindah terima, tanpa disertai ikatan. Ada program yang bebas diambil, tetapi meminta anda tidak mengedarkannya semula. Kategori Shareware pula disertai dengan harga tertentu, tetapi fungsi tertentunya mungkin terhad. Pengguna adalah salah satu sumber pendapatan pembuatnya yang diharapkan agar membayar. Seperti yang anda mungkin ketahui, memang banyak program yang ditawarkan dengan berlandaskan konsep seperti ini.

Nagware kerap mengingatkan pengguna agar mendaftar dan membayar kos program mereka dan Trialware pula mematikan fungsinya selepas tempoh tertentu. Manakala, Demoware bukanlah program penuh, tetapi versi contohnya tiada ciri-ciri utama dan boleh luput tarikh. Jadi, hati-hati dengan program seperti ini dan jangan sangka setiap program yang ditemui jelas niat sebenarnya. Cuba kunjungi tapak Web pengarangnya, baca soalan yang sering ditanya, dan siasat terlebih dahulu sebelum terus menekan bebutang “Download”.

Tips penting aktiviti memindah terima

1. Berwaspada dengan sumber memindah terima. Selain di tapak Web penciptanya, perisian yang sama juga boleh ditemui di tapak Web awam atau persendirian. Sebaik-baiknya, pindah terima dari sumber bereputasi kerana ia mungkin mengimbas perisian itu untuk mengesan virus dan ancaman lain. Biarpun ada tapak Web tidak bereputasi yang menyediakan program yang anda cari-cari, namun tiada jaminan sumber itu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengesan parasit yang “menumpang” perisiannya.

2. Pastikan anda memang perlukan perisian berkaitan. Antaranya, pelbagai fon berbeza, demo permainan, screen saver, dan sebagainya yang mungkin tidak diperlukan. Jika anda hanyut dan tenggelam dengan bahan-bahan dipindah terima seperti ini, jangan keberatan untuk membuangnya (uninstall). Biasanya, jika anda tidak menggunakan program tersebut selama sebulan, anda tidak akan menggunakannya lagi.

3. Jika sesuatu perisian itu memang perlu, cuba dapatkan daripada sumber yang menyediakan sokongan teknikal untuk penggunanya. Sesetengah tapak Web pencipta atau pembekal menyatakan dengan jelas komitmen mereka terhadap sokongan teknikal lepas jualan. Ini termasuklah menyatakan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi. Ini boleh membantu jika perisian yang digunakan itu bermasalah.

4. Baca perjanjian penggunaan sebelum memasang perisian. Ini berkaitan dengan undang-undang kerana anda mungkin menemui perkara yang tidak dijangka. Contohnya, pengguna yang memasang aplikasi Kazaa mendapati PC mereka terdedah kepada risiko “dirampas” ketika tidak digunakan untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian aplikasi tersebut. Risiko ini mungkin “terselindung” dalam perjanjian.

5. Baca ulasan sesuatu perisian itu sebelum mencubanya. Apa sahaja perisian yang ingin dipindah terima sepatutnya telah diulas oleh sumber yang bereputasi. Walaupun ulasan ini bukan satu jaminan sesuatu itu berfungsi dengan baik, namun ia setidak-tidaknya dapat meyakinkan anda untuk memindah terima.

6. Jangan keberatan untuk membuang program yang mendatangkan masalah. Sebaik-baiknya singkirkan secepat mungkin. Jika dibiarkan, masalah itu mungkin menjadi lebih buruk. Mana-mana program yang “degil” boleh dibersihkan dari sistem dengan bantuan utiliti pembuang (uninstall) yang lebih berkesan.

7. Singkirkan sisa fail yang tinggal. Contohnya, sisa fail DLL dan yang berkaitan Registry. Saki-baki fail ini jika dibiarkan mungkin boleh menyebabkan masalah kelak. Jika fail tersebut sukar untuk dikesan dan dibuang, gunakan pogram yang boleh melaksanakan tugas ini dengan cepat, berkesan dan selamat.

8. Gunakan perisian Ad-aware (www.lavasoft.de/). Penggunaan perisian percuma ini disyorkan kerana ia dilaporkan mampu mengesan aplikasi pengintipan Spyware dan Adware dalam sistem atau rangkaian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s