CPU pada sistem PC

CPU ialah akronim kepada perkataan Central Processing Unit. Ia merupakan peranti elektronik dalam famili microprocessor. CPU bertindak seperti ‘otak’ yang menggerakan dan mengkoordinasikan sesuatu aktiviti pada sistem komputer. Kebanyakan operasi arithmetik matematik dilaksanakan oleh CPU. Untuk sistem komputer peribadi, CPU dipasang pada motherboard untuk beroperasi. Contoh CPU popular masakini ialah dari siri Pentium (sehingga tarikh artikel ini ditulis, Pentium 4 adalah siri terkini) keluaran Intel Technologies dan Athlon/Sempron keluaran Advanced Micro Device (AMD) technologies. CPU Intel Pentium 4 Soket 478

CPU terdiri dari dua bahagian am, iaitu
1. Control Unit, di mana ia berfungsi menerima, menyahkod dan melaksanakan sesuatu arahan dan;
2. Arithmetic Logic Unit (ALU) di mana kesemua operasi matematik dan logik dilaksanakan.

CPU dipasang pada soket CPU di motherboard. CPU tertentu hanya boleh dipadankan pada soket tertentu sahaja. Misalnya, soket A adalah untuk CPU AMD Athlon, AthlonXP dan Sempron, soket 478 untuk Intel Pentium 4 yang berasakan PGA dan soket775 untuk Intel Pentium 4 yang berasaskan LGA serta banyak lagi.

Sehingga hari ini, untuk CPU 32-bit, terdapat dua jenis binaan, iaitu PGA dan yang terbaru dari Intel, LGA.

PGA (Pin Grid Array) Architecture
Secara amnya, CPU masakini direka dalam binaan PGA Architecture – iaitu pin (atau ‘kaki’ CPU) CPU terletak pada CPU itu sendiri, sama seperti kebanyakan komponen elektronik lain seperti perintang, transistor, IC dan sebagainya. CPU yang dibina pada PGA architecture adalah seperti AMD Athlon, AthlonXP, Sempron, Athlon64, AthlonFX. Intel Pentium 4 SC478 (Dengan code name Willemate dan Northwood)

LGA (Land Grid Array) Architecture
Diperkenalkan oleh Intel, tidak seperti PGA architecture, LGA architecture menetapkan bahawa pin CPU terletak pada soket di motherboard dan ‘soket bagi pin’ pula terletak di CPU. CPU yang dibina pada LGA architecture ialah seperti Intel Pentium 4 (Dengan codename Prescott)

Komputer peribadi generasi masakini kebanyakannnya menggunakan CPU 32-bit seperti AMD AthlonXP, Sempron dan Intel Pentium 4. CPU 64-bit semakin menguasai pasaran masakini dengan CPU model AMD Athlon64, AthlonFX, dan Intel Pentium 4 Extreme Edition.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s