Apa itu Motherboard

motherboard merupakan hardware yang paling utama pada sesuatu sistem komputer – semua hardware lain (yang merupakan papan peranti elektronik, atau expansion card seperti sound card, graphic card dan sebagainya) disambungkan ke satu hardware utama (yang juga papan peranti elektronik) – iaitu motherboard. Kesemua hardware ini disambungkan dengan pelbagai jenis sambungan pada motherboard – sambungan kabel, slot, dan sebagainya. Motherboard Komputer Peribadi

Motherboard juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti mainboard dan desktop board Kebanyakan peminat sistem komputer di Malaysia, baik dari peringkat amatur hinggalah ke professional, lebih selesa dengan singkatan mobo.

Pada motherboard PC, terdapat beberapa jenis I/O (I/O bermaksud input/output iaitu keluaran dan masukan) sesuatu data atau isyarat dari motherboard ke hardware – seperti ports, soket, slot dan antaramuka (interface) bagi beberapa bus.

Selain itu, anda juga dapat melihat CMOS jumper, FSB jumper pada sesetengah motherboard dan juga sebuah bateri butang. Bateri ini dikenali sebagai bateri CMOS (Complementary Metal Oxide Semiconductor , ia merujuk kepada bahan semikonduktor yang digunakan dalam pembuatan cip pada motherboard).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s