4 Jenis Social Web Browser Terbaik

Program kali ini Sharul ingin menyentuh mengenai Social Web Browser yang sekarang ini lebih menjadi tumpuan bagi para pengguna Internet tegar yang dahagakan maklumat khususnya agar tidak ketinggalan sebarang maklumat. Sebelum itu, tahukah korang apa itu Social Web Browser(SWB)? Baiklah Sharul akan terangkan, begini SWB juga adalah sebuah browser seperti firefox, IE, chrome, opera, safari dan sebagainya. Cuma yang membezakannya adalah SWB menyediakan kemudahan dalam bentuk RS feed, integrasi bersama Facebook, Twitter, Youtube, dan sebagainya. Ianya adalah integrasi bersama browser seperti chrome dan firefox dengan penambahan fungsi-fungsi sosial tertentu.

Sebagai contoh, korang adalah peminat setia produk Apple, jadi bagaimana korang nak tahu produk-produk ini di update di laman web mereka?, dengan menggunakan SWB, ia lebih mudah dan pantas daripada korang subscribe guna emel, dan paling teruk inbox emel korang penuh, dan mulalah kata spam. Mengenai integrasi bersama facebook pula, kalau nak update status, korang tak perlu lagi nak buka page facebook korang lagi, cukuplah dengan sekadar melihat dan lakukan update pada sisi tertentu SWB, begitu juga dengan twitter. Korang juga boleh kongsi segala macam dengan friend korang dengan mudah. Banyaklah fungsi-fungsi yang menarik yang korang boleh rasai bila menggunakannya.
Berikut Sharul ingin senaraikan 4 Jenis Social Web Browser terbaik yang pernah Sharul guna mengikut ranking sendiri. Mungkin ada lagi SWB yang Sharul tak senaraikan atas sebab tertentu dan tidak sesuai digunakan pada platform Sharul. Just take a look (:

1. Rockmelt

2. Flock

3. StumbleUpon

4. TweetDeck

Terdapat banyak lagi SWB yang dibangunkan sebelum ini dan sedang dibangunkan, namun Sharul tidak senaraikan disini mungkin kurang popular dan masih ditahap beta lagi, walaubagaimanapun jika terdapat pembaharuan, Sharul akan update dari semasa ke semasa.

2 thoughts on “4 Jenis Social Web Browser Terbaik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s