Kenapa perlu guna PHP

Kejuruteraan perisian berasaskan web

Sekarang ini sememangnya hangat diperkatakan tentang metadologi pembangunan perisian secara Object-Oriented. Pendekatan terhadap metadologi ini lebih efisyen jika dibandingkan dengan pendekatan metadologi Structured. Berbalik kepada PHP (Hypertext Prepocessor) yang mana adalah sebuah pengaturcaraan menggunakan pendekatan secara Object-Oriented. PHP digunakan secara meluas lebih – lebih lagi dalam pembinaan web dan boleh digunakan di dalam HTML. Teruskan membaca

Tips Membentuk Laman Web yang baik

Hendak merekabentuk laman web? Lain orang lain cara serta langkah-langkah untuk merekabentuk laman web. Pertama sekali anda harus mempunya cukup informasi sebelum memulakan perancangan untuk membina laman web. Ini penting semasa proses lakaran dan proses membuat grafik. Anda perlu tahu pecahan jaringan(link) untuk bar menu, grafik yang bakal diguna serta konsep warna apa yang patut diguna.

Pada kebiasaannya untuk memulakan rekabentuk, sekeping kertas akan digunakan untuk proses lakaran. Gunalah pensel atau pen dan lakarlah rupabentuk laman web yang bakal anda reka. Proses ini penting bagi anda membayangkan bagaimana grafik anda akan direka, di mana letaknya bar menu, lokasi isi kandungan laman web anda dan lain-lain. Teruskan membaca

Keselamatan Memuat turun Perisian

Ada banyak sumber perisian dalam Internet yang boleh dipindah terima download). Namun, tahukah anda yang mana berguna, yang mana membazirkan masa, yang mana lebih berbahaya dan yang mana memberi kebaikan? Ini sukar dipastikan, namun anda boleh menilainya dari aspek kestabilan dan kebolehpercayaan. Amat sukar, jika tidak mustahil, untuk mencuba semua program yang tersenarai dalam Internet. Anda perlu mengambil risiko atau bertangungjawab terhadap apa yang dilakukan perisian berkenaan terhadap PC anda. Teruskan membaca

Apa itu Motherboard

motherboard merupakan hardware yang paling utama pada sesuatu sistem komputer – semua hardware lain (yang merupakan papan peranti elektronik, atau expansion card seperti sound card, graphic card dan sebagainya) disambungkan ke satu hardware utama (yang juga papan peranti elektronik) – iaitu motherboard. Kesemua hardware ini disambungkan dengan pelbagai jenis sambungan pada motherboard – sambungan kabel, slot, dan sebagainya. Motherboard Komputer Peribadi

Motherboard juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti mainboard dan desktop board Kebanyakan peminat sistem komputer di Malaysia, baik dari peringkat amatur hinggalah ke professional, lebih selesa dengan singkatan mobo. Teruskan membaca

Apa itu Hard Disk Partition

Katakan anda membeli sebuah almari yang luas, sudah tentu anda akan dapati bahawa di dalam almari itu terdapat beberapa bahagian yang ‘dipecahkan’ sebagai rak tingkat untuk memperkemaskan dan memudahkan kita menggunakan almari itu. Bahagian tingkat pertama mungkin untuk seluar, yang kedua untuk baju dan sebagainya.Hard disk juga boleh mempunyai ciri yang sama – katakan anda membeli hard disk bersaiz 80 GB, anda boleh ‘memecahkan’ saiz ruang hard disk ini kepada beberapa bahagian. Apa yang menariknya, tidak seperti almari, anda boleh memecahkannya mengikut citarasa dan kegunaan sendiri. Proses ‘memecahkan’ ruang saiz hard disk ini disebut sebagai ‘Partitioning’ dan ruang bahagian yang telah dipecahkan sebagai ‘partition’. Teruskan membaca

CPU pada sistem PC

CPU ialah akronim kepada perkataan Central Processing Unit. Ia merupakan peranti elektronik dalam famili microprocessor. CPU bertindak seperti ‘otak’ yang menggerakan dan mengkoordinasikan sesuatu aktiviti pada sistem komputer. Kebanyakan operasi arithmetik matematik dilaksanakan oleh CPU. Untuk sistem komputer peribadi, CPU dipasang pada motherboard untuk beroperasi. Contoh CPU popular masakini ialah dari siri Pentium (sehingga tarikh artikel ini ditulis, Pentium 4 adalah siri terkini) keluaran Intel Technologies dan Athlon/Sempron keluaran Advanced Micro Device (AMD) technologies. CPU Intel Pentium 4 Soket 478 Teruskan membaca

Apa itu Cache

Anda tahu apa itu cache? Pernahkah anda terfikir, apabila anda lihat pada kotak bungkusan prosessor anda, ada dinyatakan di situ tentang L2 Cache. Biasanya, nilai-nilai cache yang boleh anda lihat adalah 128kb, 256kb, 512kb, 1 MB dan 2 MB. Adakah anda terfikir, apa sebenarnya cache ini? Mengapa penting sangat benda ini dan apa kaitannya kepada prosessor?Baiklah. Kami di InspireLab akan memberi penerangan ringkas dan mudah difahami untuk anda tentang cache. Sekurang-kurangnya anda akan tahu sesuatu benda yang penting pada prosessor anda. Teruskan membaca