Kenapa perlu guna PHP

Kejuruteraan perisian berasaskan web

Sekarang ini sememangnya hangat diperkatakan tentang metadologi pembangunan perisian secara Object-Oriented. Pendekatan terhadap metadologi ini lebih efisyen jika dibandingkan dengan pendekatan metadologi Structured. Berbalik kepada PHP (Hypertext Prepocessor) yang mana adalah sebuah pengaturcaraan menggunakan pendekatan secara Object-Oriented. PHP digunakan secara meluas lebih – lebih lagi dalam pembinaan web dan boleh digunakan di dalam HTML.

Di sini jika persoalkan kembali, kenapa perlu PHP? Kenapa tidak ASP.NET dan lain – lain? Ingin saya ulaskan, PHP adalah satu bahasa pengaturcaraan yang dibina menggunakan konsep open-source seperti Linux. Oleh itu penggunaan PHP adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang pengesahan lesen (License Validation).

PHP juga adalah pilihan terbaik untuk pengaturcaraan web. Pengaturcaraan ini mempunyai banyak kelebihan selain di atas jika dibandingkan dengan mana – mana bahasa pengaturcaraan yang lain, termasuklah pengaturcaraan berasaskan web (Web-oriented languange). Untuk mendapatkan pemahaman secara asasnya, disini saya akan menunjukkan perbezaan diantara pengaturcaraan berasaskan web yang wujud.

ASP adalah sebuah persekitaran pangaturcaraan berasaskan web yang diperkenalkan oleh Microsoft ( ASP bukanlah hanya sebuah bahasa pengaturcaraan kerana ASP membenarkan pengaturcara untuk memilih sebahagian daripada pengaturcaraan sebenar seperti VBScript atau Jscript). ASP memanglah mudah tetapi didapati ASP terlalu ringkas untuk diadaptasikan untuk program yang menggunakan algoritma atau logik yang kompleks.

Selain itu, kebanyakkan syarikat mendapati agak sukar untuk membiayai lesen penggunaan ASP yang mana dikeluarkan oleh Microsoft. Dengan melalaikan kos perkakasan, nilai sebuah server Microsoft boleh mencecah ribuan ringgit hanya untuk perlesenan, dimana jika dibandingkan dengan server berasaskan Unix (yang menyokong penuh pembangunan PHP) boleh didapati secara percuma.

Bahasa pengaturcaraan lain yang terkenal dalam persekitaran web adalah Java yang dikeluarkan oleh Sun Microsystem. Java boleh dibanggakan kerana penggunaannya adalah secara bebas pelantar ( mana – mana program yang dihasilkan dalam pengaturcaraaan Java boleh digunakan secara maya dimana – mana komputer tanpa memerlukan sebarang pengubahsuaian terhadap program tersebut).

Walaupun kelebihan ini dimiliki oleh Java, masih lagi wujud kekurangan yang kritikal terhadap masa pembangunan, kos pembangunan dan kepantasan masa larian. Pembangunan Java sangatlah kritikal terhadap masa dimana setiap projek Java mesti mematuhi etika dan peraturan (yang digariskan oleh Java) yang memerlukan perancangan yang intensif. Selain daripada masa pembangunan, bayaran terhadap pembangun Java adalah amat mahal sekaligus menjadikan nilai kos pembangunan juga turut meningkat. Kos tersebut adalah lebih tinggi jika projek tersebut dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang lain.

Apabila dibandingkan dengan Java, PHP menunjukkan kecemerlangannya dimana projek yang sama dibangunkan menggunakan Java boleh mencecah 3 kali ganda dari masa pembangunan menggunakan PHP. Selain itu, program yang dihasilkan menunjukkan perbezaan yang amat ketara diantara masa larian PHP dengan Java.

Selain itu, bahasa lain yang juga sering digunakan dan masih popular adalah Perl ( Practical extraction and report language). Sepertimana PHP, Perl juga adalah projek open-source yang dibangunkan untuk digunakan terhadap kebanyakkan pelantar (penggunaan Perl adalah lebih awal dari PHP). Sebelum PHP diperkenalkan, Perl pernah diisytiharkan sebagai bahasa pengaturcaraan berasaskan web yang terbaik. Walau bagaimana pun, dalam tempoh kebelakangan ini, PHP telah diisytiharkan sebagai bahasa pengatucaraan berasaskan web yang lebih baik daripada Perl di atas dasar PHP menyediakan pelbagai kemudahan yang dimana adalah sebahagian daripada PHP sendiri jika dibandingkan dengan Perl yang memerlukan modul berlainan untuk mempunyai fungsi yang sama. Ini boleh membawa kepada masalah di mana apablia program – program dipindahkan dari satu sistem ke sistem yang lain akan menyebabkan modul tersebut dimuat turun dari modul Perl yang amat memeningkan yang dikenali sebagai CPAN.

Secara kesimpulannya anda boleh menceritakan pelbagai kelebihan terhadap PHP jika dibandingkan dengan bahasa pengaturcaraan yang lain apabila kita berkata tentang pengaturcaraan berasaskan web. Terlalu banyak artikel di dalam internet yang membandingkan PHP dengan Java, Perl, ASP dan lain – lain lagi. Sekali anda telah cuba menggunakan PHP, anda akan mendapati untuk meyakinkan klien atau majikan anda untuk menggunakannya daripada menggunakan bahasa pengaturcaraan yang lain. Jika masalah tersebut timbul, anda sepatutnya mencari sebanyak mungkin bahan maklumat yang dapat membantu anda melalui carian web.

One thought on “Kenapa perlu guna PHP

  1. Artikel yang menarik dan memberi banyak info perbezaan PHP dengan programming yang lain.. saya dah 3 tahun dalam PHP.. memang betul, banyak solution yang saya buat dengan menggunakan PHP.. walau pun saya ada experience dalam AS, Java dan VB, tetapi PHP tetap menjadi pilihan saya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s